jadi post ini adalah sambungan dari post yang lepas, manusia yang turut serta dalam pengembaraan ke lembah kemungkaran ini adalah,
adib, bulmak, likan, nadah, - diorang naik kereta.
aku, pacak, laki, awadz, - kitorang naik motor. tapi tak lah sebangang amat nak naik motor sampai empat orang sekali,
aku naik dengan pacak, laki dengan awadz - dua bijik motor.
dalam perjalanan tu, kitorang kena tahan dengan pihak berkuasa, bagi alasan dekat dia, nak pergi rumah kawan. lepas. macam biasalah, pit stop pertama kitorang, rumah budak-budak Gkc depan jirat cina tu. lepas tumpang buang air, camwhore dalam bilik syarif, perjalanan diteruskan dengan diikuti ajay dan wafi.
kitorang semua masuk ke jirat cina tu dengan berjalan kaki, oh, sepanjang perjalanan kitorang diikuti oleh penjaga kawasan, nak cakap penjaga tak jugak, sebab dia ni bukannya manusia macam pak guard@pak UK. tapi yang pasti dia otai dalam selok belok jirat cina dekat belakang uitm ni.
kitorang panggil dia john, sebab apa john? itu kena tanya tuan dialah.
dia laju, dia hitam, dia betina dan dia ada tetek, pernah mempunyai anak tetapi anaknya dihalau orang, dia tahu pantang larang islam, sebab dia tak pernah sentuh kitorang, dia suka melompat-lompat, dia juga suka berlari-lari, dia mesra dengan wafi, bakal mesra dengan kitorang. akhir sekali, dia ni sebenarnya seekor anjing. baka apa? rasanya baka boxer kot. tahu pulak aku baka-baka anjing ni. hehe.
malam tu, langit penuh dengan gugusan-gugusan bintang, macam-macam bentuk buruj dapat dilihat, aku terpaksa pinjam spek pacak untuk tengok bintang kat atasdengan lebih jelas, aku ni rabun jauh, bila malam penglihatan aku terbatas, memang langit segamat dengan langit di kuala lumpur berbeza. aku nampak bintang berterabur berjuta-juta lemon. aku suka. masa ni mulut aku bentuk D dah.
ok masuk jirat cina, dengan bertemankan lampu picit awadz, dan lampu henset masing-masing, sebab malam tu gelap, cahaya bulan tak ada. jauh jugak lah kitorang berjalan, sampai nak masuk hutan, sampai lalu tempat yang tak siap lagi, mungkin tempat diorang nak buat tempat persemadian baru kot. sempat jugaklah tengok gambar mendiang-mendiang, nak tengok tarikh diorang pergi tinggalkan bumi tak paham, sebab dia tulis dalam mandarin.
dah puas berjalan, kitorang pun bersedialah untuk balik, sebelum balik, kitorang lepaklah hisap-hisap rokok dulu dekat satu pondok ni, masa kitorang nak blah je, kitorang nampak satu benda yang menbuatkan kitorang terjerit-jerit, ter'"weh-weyhhh", terdiam kagum, ter" fuyyoooo", ter-sep-sep tangan member.
kitorang nampak shooting star@falling star@meteor@tahi bintang!
sebelum ni ada lah jugak nampak kat situ, tapi yang kecil-kecil, kejap-kejap je, yang aku nampak, kau tak nampak.. ini kitorang semua sepuluh orang nampak meteor tu sama-sama sekaligus. meteor tu lalu dalam 3-4 saat.
:))))))))))) tapi kitorang tak de lah kafir sangat nak buat wish lepas tengok tu. cuma syukur ke hadrat ilahi, sebab dapat nampak benda yang jarang berlaku depan mata.
masa nak keluar dari jirat tu, kitorang terkejut sebab ada kereta polis tiba-tiba masuk dalam jirat tu, kitorang semua dah tunduk-tunduk nak sembunyi. haha. dia masuk untuk periksa kawasan tu ada orang buat projek ke tak. lepas awadz check line clear ke tak, baru lah kitorang terus menuju ke RnR Gkc.
selepas post mortem, kitorang merempit balik ke taman kemawan, dan lagi sekali, ditahan pihak berkuasa.
pengembaraan tamat.
eh jap, ada lagi satu kemusykilan, dari mula-mula masuk, john senyap jee, dia adalah kencing merata, tapi tak kena kitorang, cuma masa nak keluar tu, tiba-tiba john menyalak. macam ada sesuatu. ada apa kitorang tak tahulah. ke john menyalak dekat korang yang tengah baca blog aku ni?
p/s: lagi sekali, aku tak pandailah nak meringkaskan kata-kata ni. memang tak pandai. em, lain kali, kena bawak kamera yang boleh tangkap gambar jelas pada waktu malam. sape ada? nak pinjam boleh?.